Logo Zakat Online Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor
Zakat Online Penolong Amil LZS
Bayar Zakat

Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS), Agihan Zakat, Skim SIDDIK dan Skim Khairat Pembayar Zakat

Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bayaran zakat online

Saluran Rasmi Bayaran Zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Penolong Amil Institut Pendidikan Islam Selangor (IPIS) merupakan institusi yang diberi kuasa oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menerima dan memungut bayaran zakat daripada umat Islam di Negeri Selangor.

Melalui pelantikan ini, Penolong Amil dibenarkan menerima pelbagai jenis bayaran zakat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LZS. Setiap pembayaran yang berjaya akan direkodkan oleh LZS dan pembayar akan menerima Resit Rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai bukti pembayaran.

Pembayaran zakat boleh dibuat secara dalam talian melalui kemudahan FPX, menjadikan urusan lebih mudah, pantas dan selamat tanpa perlu hadir ke kaunter.

Mengapa Pilih Penolong Amil?

✔ Saluran Rasmi LZS
✔ Bayaran Online FPX
✔ Resit Rasmi LZS
✔ Rebat Cukai LHDN
✔ Agihan Institusi Tahfiz

Resit Rasmi LZS

Setiap pembayaran zakat akan menerima Resit Rasmi LZS yang boleh digunakan bagi tujuan rebat atau tolakan cukai mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Agihan Semula Zakat: Memperkasa Pendidikan Islam

Sebagai Penolong Amil Institut Pendidikan Islam Selangor (IPIS), Maahad Tahfiz Darul Azhar layak menerima agihan semula sebahagian daripada kutipan zakat mengikut dasar dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agihan Semula Zakat kepada Maahad Tahfiz Darul Azhar

Peralatan &
Perkhidmatan

Keperluan pembelajaran dan operasi institusi.

Baik Pulih
Institusi

Penyelenggaraan serta penambahbaikan fasiliti.

Pembinaan
Institusi

Pembangunan infrastruktur pendidikan.

Program
Outreach

Program dakwah dan khidmat masyarakat.

Penerapan
Nilai Islam

Pembentukan sahsiah dan akhlak pelajar.

Elaun Tenaga
Pengajar

Sokongan kepada guru institusi pendidikan Islam.

AGIHAN SEMULA ZAKAT : Memperkasa Pendidikan Islam

Agihan semula zakat yang diterima dimanfaatkan bagi memperkukuh pendidikan Islam, pembangunan institusi, pelaksanaan program kebajikan serta membantu asnaf fisabilillah di bawah seliaan Maahad Tahfiz Darul Azhar.

Skim SIDDIK Lembaga Zakat Selangor

Apa itu SIDDIK?

SIDDIK (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai tanda penghargaan kepada para pembayar zakat (Muzakki). Ia bertujuan untuk menyokong pendidikan anak-anak Muzakki melalui sumbangan khas berbentuk simpanan pendidikan.

Setiap anak yang layak akan menerima RM100 sebagai sumbangan pendidikan. Sumbangan ini hanya diberikan sekali sahaja bagi setiap anak dalam satu tahun permohonan.

Muzakki yang telah menunaikan zakat harta antara RM500 hingga RM5,000 dalam tempoh setahun layak memohon.

Sumbangan akan dimasukkan ke dalam Akaun Simpan SSPN Prime atas nama anak. Jika belum mempunyai akaun, PTPTN akan memaklumkan melalui e-mel tentang pembukaan akaun.

Cara Memohon SIDDIK

Hanya 4 langkah mudah untuk membuat permohonan secara atas talian.

01

Daftar Akaun

Daftar dan buat permohonan melalui portal eZO Lembaga Zakat Selangor.

02

Isi Maklumat

Lengkapkan semua maklumat pemohon dan anak dengan tepat.

03

Muat Naik

Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan mengikut syarat permohonan.

04

Hantar

Semak semula maklumat sebelum menghantar permohonan kepada LZS.

Skim Khairat Pembayar Zakat Lembaga Zakat Selangor

Apa itu KHAIRAT?

KHAIRAT ialah sumbangan tunai sebanyak RM1,500 yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada waris pembayar zakat (Muzakki) yang telah meninggal dunia.

Ia sebagai tanda penghargaan atas sumbangan zakat semasa hayat dan untuk meringankan beban waris menguruskan kematian.

Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian.

Si mati mestilah mempunyai rekod bayaran zakat harta kepada LZS dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian

Jumlah keseluruhan bayaran zakat harta mestilah RM500 hingga RM20,000

Cara Memohon KHAIRAT

Permohonan boleh dibuat dalam 4 langkah mudah.

01

Dapatkan Borang

Muat turun borang permohonan Khairat.

02

Lengkapkan Borang

Isi maklumat lengkap dalam borang dan sediakan dokumen sokongan.

03

Hantar Permohonan

Emelkan borang dan dokumen lengkap ke: khairat@zakatselangor
.com.my

Muat Turun Borang

Borang Permohonan Khairat Pembayar Zakat.

Bayar Sekarang → Bayar